Posts filed under: ‘Barbeku‘




Ayam Panggang

Resepi: Mak Ndak
Bahan Kisar:
Serai, lengkuas, halia
Bawang merah, bawang putih
Cili kering (rebus dulu)
Serbuk kari daging
*****
Santan
Garam, air gula merah

Cara:
Tumis semua bahan. Masukkan santan, air gula merah, garam. Masak sampai pekat. Pes tersebut dilumur pada ayam dan peram semalaman. bakar

Add a comment December 9, 2009

Aneka Resepi Untuk Majlis Barbeku

Disumbangkan oleh : Diana

Diana himpunkan resipi-resipi menarik untuk barbeku dan juga yang selalu disediakan untuk barbeku termasuk sos yang boleh digunakan untuk bahan perapan “marinate” daging.

 

* Daging Steak BBQ

* Rusuk Kambing dilumur rempah BBQ

* Udang Garlic Butter

* Ketam Garlic Butter

* Kepah Garlic Butter

* Drumstick/ Kepak Ayam BBQ

* Ikan Kembung Balut Daun Pisang BBQ

* Kebab

* Satay

* Jagung BBQ

* Kentang BBQ

* Coleslow

* Salad Buah

* Bee Hoon Kering

* Macaroni Goreng

* Mee Goreng

* Marshmallows (ini untuk budak-budak cucuk kat lidi panggang atas bara kasi lembik sikit lepas tu boleh dimakan)

* Agar-agar konyakku (pencuci mulut, D tak sertakan resipinya ikut peraturan seperti di kotak)

* Cocktail Jelly

* Kuih-Muih (biasanya seperti karipap, kek, jelly, pudding dan hasil kreativiti keluarga “pot luck” Diana ? roti sardin pun ada)

 

SOS BBQ/REMPAH UNTUK DIJADIKAN BAHAN “MARINATE”

 

SOS BBQ (Basic)

 

Bahan-bahannya

1 biji bawang, dicincang halus

2 sudu besar minyak sayuran

2 sudu besar cuka

2 sudu besar gula perang

4 sudu besar jus lemon

1 cawan sos tomato

3 sudu besar sos Worcestershire

? sudu teh sos tobasco

garam secukup rasa

 

Cara-caranya

Panasakan minyak dan tumis bawang sehingga kuning dan masukkan bahan-bahan yang lain. Reneh sos selama 30 min. Setelah sejuk masukkan kedalam belender untuk mendapatkan sos yang halus. Boleh digunakan untuk ayam, daging, rusuk sewaktu barbeku.

 

SOS PERAPAN YANG SESUAI UNTUK DAGING STEAK

(daging hendaklah diperab dengan sos sekurang-kurangnya 4 jam dan lebih baik semalaman)

 

Bahan-bahannya

1/3 cawan soya sauce

1/3 cawan minyak sayuran

2 sudu besar madu

2 sudu besar halia, diparut halus

1 ulas bawang putih, dicincang halus

 

Cara-caranya

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gunakan untuk perap daging steak yang hendak dibarbeku

 

REMPAH RUB UNTUK RUSUK KAMBING

 

Bahan-bahannya

1 ? cawan gula

1 ? cawan gula perang

? cawan serbuk lada hitam

? cawan paprika

garam secukupnya

 

Cara-caranya

Campurkan kesemua bahan boleh digunakan untuk rusuk kambing yang hendak dibarbeku. Lumurkan pada rusuk kambing 10 minit sebelum dibarbeku. Lebihan rempah boleh disimpan dalam bekas ketap udara.

 

GARLIC BUTTER (sesuai untuk udang, kepah dan ketam)

 

Bahan-bahannya

1 cawan mentega

8 ulas bawang putih, dicincang halus

 

Cara-caranya

Bawang putih yang telah dicincang digaulkan dengan mentega. Lumurkan 10 minit sebelum barbeku udang. Udang juga sedap dibarbeku begitu sahaja untuk mengekalkan rasa manisnya.

 

Untuk ketam lumurkan dengan Garlic Butter sewaktu barbeku taburkan sedikit lada hitam atas ketam. Fuhh sedap hingga menjilat jari. Kepah juga sesuai untuk dilumur bersama garlic butter sebelum dibarbeku. Kalau suka boleh taburkan dengan serbuk parsley.

 

DRUMSTICK/ KEPAK AYAM BBQ

24 keping drumstick ayam

 

Bahan perapan

16 sudu besar sos tomato

16 sudu besar sos Worchestershire

9 sudu besar madu

250 gram gula perang

2 sudu the sos tobasco

garam dan lada hitam secukupnya

 

Cara-caranya

Atur drumstick ayam dalam bekas. Campurkan kesemua bahan perap dan tuangkan ke atas drumstick. Perap dalam peti sejuk selama 12 jam. Kemudian boleh dibarbeku.

 

Nota : Boleh juga gunakan kepak ayam.

 

 

 

IKAN KEMBUNG BALUT DAUN PISANG

 

Bahan-bahannya

Ikan kembung secukupnya

daun pisang (secukupnya)

10 helai daun limau purut dihiris halus

200 gram cili hidup merah

100gr lada kering

2 labu bawang besar

3 labu bawang putih

2 inci halia muda

1 biji limau kasturi

kicap manis secukup rasa

garam

serbuk perasa

minyak untuk menumis secukupnya

 

Cara-caranya

Kisar kesemua bahan kecuali ikan dan daun pisang. Letak ikan diatas daun pisang dan lumurkan dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian balut daun pisang dan disematkan dengan lidi. Perap dalam peti sejuk dan sedia untuk dibarbeku.

 

KEBAB

 

Bahan-bahannya

2 cawan jus tomato

? cawan mentega

? cawan bawang besar, dicincang halus

1/3 cawan sos tomato

1 sudu teh garam

? sudu teh serbuk lada hitam

1 ulas bawang putih, dicincang

1 sudu besar sos Worchestershire

1 sudu teh sos tobasco (yang pedas tu)

2 pound daging lembu, potong dadu 1 inci

200 gram cendawan butang segar, buang batangnya

tomato ceri secukupnya

1 biji bawang besar, dibelah empat

1 biji capsicum hijau, potong 1 inci persegi

lidi satay secukupnya (sebaik-baik lidi satay direndam dengan air, jadi bila dibarbeku lidi tak mudah patah)

 

Cara-caranya

Panaskan kuali, campurkan jus tomato, mentega, bawang, sos tomato, garam, lada hitam, bawang putih, sos Worcestershire dan sos tobasco. Biarkan ia reneh selama 30 minit. Angkat dari atas api dan biarkan ia sejuk. Cucuk daging, cendawan, tomato ceri, bawang dan lada capsicum ke lidi yang telah direndam air. Bila hendak barbeku, sos yang dimasak tadi disapukan dan barbeku.

 

SATAY

 

Bahan A

1kg daging kambing/ peha ayam/ lembu

250 gram gula pasir

garam secukup rasa

lidi sate

 

Bahan A – Untuk dikisar

2 sudu makan ketumbar biji

1 sudu makan jintan putih

1 sudu makan jintan manis

sejari halia

sejari kunyit hidup

2 batang serai

4 biji bawang putih

 

Bahan B

1 biji buah keras, ditumbuk

1 sudu teh gula pasir

1 sudu makan air

1 sudu makan minyak makan

(kesemua bahan B ini dibancuh)

 

Bahan C – Kuah Sate

600 gram kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak

60 gram asam jawa

240 gram gula pasir

2 batang serai, dititik

sejari lengkuas, dititik

minyak untuk menumis

 

Bahan C – Untuk dikisar

30 batang lada kering

3 biji bawang besar

6 biji bawang putih

8 biji buah keras

sejari kunyit hidup40 g belacan

 

Cara untuk Bahan A

Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut citarasa anda, tetapi selepas dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging in dengan Bahan A yang telah dikisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 atau 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar diatas tempat pembakar sate dengan menggunakan bara arang. Renjis dengan Bahan B dan bakarlah sehingga ia garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.

 

Cara untuk Bahan C – Kuah Sate

Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Tuangkan air asam. Kacau rata.. Masukkan pula gula pasir dan garam Akhir sekali masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhan. Kuah sate ini perlu dikacau selalu, supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.

 

RESIPI SAMPINGAN

 

JAGUNG BBQ

 

Bahan-bahannya

10 batang jagung

mentega secukupnya

garam dan gula secukupnya

sedikit air

aluminium foil

 

Cara-caranya

Sapukan mentega secukupnya pada jagung dan taburkan sedikit garam dan gula secukupnya. Tuangkan satu sudu makan air dan balut dengan aluminium foil. Kemudian boleh dibarbeku.

 

KENTANG BBQ

 

Bahan-bahannya

10 biji kentang (yang sedap kentang kulit merah)

sour cream

sedikit hirisan daun bawang

aluminium foil

 

Cara-caranya

Balutkan kentang dengan aluminium foil, kemudian barbeku. Bila sudah masak buka aluminium foil belah memanjang dan melintang dan tekan gunakan jari tepi kentang. Isi kentang akan terkeluar sedikit. Tuangkan sedikit sour cream diatas kentang yang panas itu dan hirisan daun bawang.

 

COLESLOW

 

Bahan-bahannya

200 gm kobis manis, diracik

1 batang carrot kecil, diracik

1 cawan mayonis

2 sudu besar air sejuk

1 sudu kecil lada sulah

garam

 

Cara-caranya

Gaulkan kesemua bahan dan disimpan didalam peti sejuk. Hidangkan bila hendak dimakan.

 

SALAD BUAH

 

Bahan-bahannya

2 cawan epal – dikiub

1 sudu teh jus lemon

1 cawan anggur hijau tanpa biji

1/2 cawan tembikai merah – dikiub

1 cawan tembikai susu – dikiub

1 sudu teh jus oren

1 cawan krim putar

2 sudu besar yoghurt

3 sudu besar mayonis

? cawan gula kastor – lebihkan, jika suka

secubit garam

 

Cara-caranya

Campurkan epal dengan jus lemon. Gaul dengan semua buah-buahan lain. Dalam mangkuk kecil, satukan jus oren, krim putar, dadih, mayonis, gula dan garam hingga sebati. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan segera.

 

JUADAH YANG DISEDIAKAN UNTUK MAJLIS BARBEKU

 

BEE HOON KERING

 

Bahan-bahannya

1 biji bawang besar

sedikit bawang putih

2 biji telur

1 batang lada merah

sedikit lobak merah

8 ekor udang

sedikit kobis panjang

mee hoon – dicelur

1 sdt kicap pekat

1 sdm kicap cair

1 sdm sos tiram

taugeh

 

Cara-caranya

Panaskan minyak. Masukkan telur, bawang besar, bawang putih, lada merah dan lobak merah. Gaul sehingga rata. Masukkan udang, kubis panjang, mee hoon, kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan taugeh. Gaul bahan-bahan ini sehingga rata.. Akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan dan digaul selama 5 hingga atau 10 minit.

 

MAKARONI GORENG

 

Bahan-bahannya

500g makaroni (sudah direbus)

250g daging cincang

2 sudu besar gula madu

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar kicap cair

? sudu kecil serbuk lada putih

1 biji bawang besar dihiris

minyak secukupnya

garam secukup rasa

2 sudu besar mentega

1 sudu besar bawang putih dikisar

? sudu kecil serbuk buah pala

daun sup dan daun bawang secukupnya (hiris halus)

100g udang

100g lobak merah dihiris

 

Cara-caranya

Perapkan daging cincang dengan kicap cair dan gula madu. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging. Masukkan sedikit mentega, serbuk lada putih, garam dan sos tomato. Gaul rata sebelum diangkat. Panaskan minyak di kuali baru dan tumis bawang putih kisar. Kemudian masukkan bawang besar diikuti dengan udang dan makaroni. Masukkan serbuk buah pala, serbuk lada putih dan sedikit mentega. Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun sup dan daun bawang. Hidangkan makaroni dengan meletak daging cincang di atasnya.

 

 

MEE GORENG

 

Bahan-bahannya

500g mi kuning, cuci

250g taugeh

400g sawi

200g udang

150g sotong

4 sudu makan minyak tidak tepu

1 sudu makan kicap pekat

3 ulas bawang putih – dihiris halus

1 sudu teh garam

 

Bahan-bahan yang dikisar:

12 batang lada kering

4 batang lada merah

1 labu bawang besar

 

Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan terus tumis hingga naik baunya. Masukkan kicap dan dikacau rata. Masukkan sotong, udang dan tumis. Goreng selama 1 minit sebelum memasukkan sayur-sayuran. Masukkan mi dan goreng lagi selama 4 minit. Akhir sekali, masukkan taugeh dan gaul sebentar saja. Alihkan dari dapur dan hidangkan.

 

COCKTAIL JELLY

 

Bahan-bahannya

1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)

5 gelas air (saiz gelas yang sama)

I tin cocktail (asingkan isi dan air)

1 gelas air cocktail

3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)

1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)

 

Cara-caranya

Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais.

 

* Sos Worchestershire…ada dijual di supermarket.

Add a comment June 5, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

December 2014
M T W T F S S
« Sep    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.