Posts filed under: ‘Resepi Kenalan‘




Cheese Cake

Resepi : Kak Su Abg Dolah

Bahan-bahan:

250g cream cheese
200ml fresh cream / plain yogurt
2 sudu besar lemon jus
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

campurkan semua bahan di atas ke dalam mixer
biar sampai jadi cream

panaskan oven 170 degree bakar selama 40-45 minit.

cheese kek ni klu sejuk lg sedap makan tau..panas2 kurang..

Add a comment December 10, 2011

Mieng-Kham (Sireh Daun Kadok)

 

Gambar HiasanResepi: Kak Ilah (Pejabat Pelajaran Kulim Bandar Baharu)

Bahan:

Kacang goreng Shandong

Limau kasturi/limau kerisik (dipotong kecil)

Bawang besar (dipotong dadu)

Cili padi (dipotong dadu)

Halia (dipotong dadu)

Buah pala (halwa pala)

Sambal manis (cabai dimasak)

Daun kadok

Cara makan:

Lipat daun kadok dan buat kelonsong. Masukan semua bahan dan akhir sekali sambal manis. Lipat semula dan makan macam makan sirih…Mmmm, enak sangat…tak rasa macam daun kadok…makan sekali nak lagi dan lagi

Add a comment July 3, 2011

Spageti

Resepi : Puan Riza / Yaya -my bos

Kuah:
Bawang besar-dpotong dadu
Cendawan butang dlm tin -dihiris kecil
Tomato puree
Daging cincang (beli yang dah siap jenama Ramli/Saudi atau cincang sendiri daging pejal)-rebus dengan sedikit air

Caranya:
Tumis bawang, masukkan tomato puree, kacau, masukkan daging, garam secukup rasa, kacau…itu jeee…

Spageti direbus 15 minit, toskan, gaul dengan minyak masak

Add a comment September 10, 2009

Laksam

Resepi: Abang Azman IT (Propertime, 2009)
Bahan Isi:
Tepung beras+air+sedikit garam
Campurkan semua, tapis, tuang dalam tudung periuk, lengat. Kemudian gulung & gunting/potong  1cm.

Bahan Kuah:
Isi ikan (rebus & kisar)
Lada hitam (tumbuk & kisar bersama bawang merah)
Garam
Asam keping
Santan
Daun cenohom/daun kesum
Bunga Kantan

Caranya:
Rebus kesemuanya.

Add a comment July 17, 2009

Mi Kari

Resepi: Kak Ton (KLK/Propertime 2007)

Bahan2 Kuahnya:

Serbuk kari daging, bawang besar, bawang merah & halia-dimesin dengan air.

Tumiskan bahan yang dimesin tadi seperti menumis kari hingga pecah minyak. masukkan air+santan, daun sawi, kacang panjang, ayam, bebola ikan, kek ikan (jika suka), gula dan garam secukup rasa. Didihkan. Sedia untuk dimakan bersama mi kuning.

Sambal Mi Kari (resepi dari bos saya, Puan Riza/Yaya):

Kisar halus cabai & bunga kantan. Tumis bawang & masukkan bahan kisar tadi.

Add a comment July 7, 2009

Rendang Minang

Resepi: Puan Riza/Yaya, My Boss (Propertime-2005)

Bahan A :

Ayam/Daging

Bawang merah & bawang besar

Cili api-hijau

Kunyit Hidup

Halia

Serai

Lengkuas

Gula/Garam

Bahan B

Santan

Kerisik

Air asam jawa

Bahan C:

Daun limau purut

Serai (sebahagian dipotong halus, sebahagian dipotong 1cm dan ditumbuk)

Cara-caranya:

Semua bahan A dimesin dan masukkan dalam kuali, masuk bahan B.. Kacau sekejap dan masukkan bahan C. Didihkan dengan api sederhana & kacau sesekali hingga masak.

*Beza rendang minang dengan rendang utara, ialah rendang utara guna asam keping/gelugor, rendang minang guna air asam jawa. Rendang utara guna cili kering kisar, rendang minang guna cili api.

Add a comment July 7, 2009

Puding Koktail

Resepi: Kak Fizah (Propertime-2007)

Bahan-bahan berikut dimasak sampai pekat dan berkilat & tuangkan dalam bekas untuk dibekukan:

1 tin susu cair/sejat (suggestion: Ideal)

1 cawan tepung kastard

1 cawan gula

2 setengah cawan air

sedikit garam & esen vanila

Kemudian bancuhkan Jeli (suggestion: Ladies Choice) dan tuang atas bancuhan tepung kastard tadi. Susunkan buah-buahan campuran di atasnya dan biarkan beku.

Add a comment July 7, 2009

Puding Roti

Resepi: Kak Fizah (Propertime-2009)

Bahan2:

5-6 keping roti putih

1 biji telur

1 tin susu cair/sejat

1 cawan gula

Sedikit agar-agar

Sedikit garam

Air

Cara-cara:

Blender roti bersama susu. Masukkan dalam periuk, masak bersama air dan agar-agar, masukkan gula, garam dan kacau. Padamkan api, tuangkan dalam bekas, sejukkan…

Add a comment July 6, 2009

Kek Coklat Lembap

Resepi: Kak Ida, Propertime 2009

Bahan A (dipukul sampai kembang):

2 biji telur

1 tiga suku cwn gula

Bahan B (diayak bersama):

1 tiga suku cawan tepung gamdum

2 botol coco powder Nona

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat

Lain2:

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

*****

Masukkan susu cair dalam bahan A.Pukul/kacau. masukkan bahan B dan minyak masak berselang seli sampai habis…Akhir sekali masukkan air panas sampai habis…Bakar sampai masak 1 jam.

Add a comment June 12, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

April 2014
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.