Posts filed under: ‘Resepi Warisan‘




Ikan Keli Rebus Sambal Belacan

Resepi: Mak

Bahan A :

Ikan Keli atau anak2 ikan

Asam Keping/Gelugor

Garam/Gula

Bahan B (dimesin kasar atau ditumbuk kasar) :

Cabai Melaka

Cabai Hidup

Bawang (sikit saja)

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan A dan B dan setelah masak, angkat dan hidangkan.

 

Add a comment January 20, 2012

Masalodeh/Vadei

Resepi: Mak/Tok

Bahan-bahan:

Kacang parpu (direndam semalaman. sebahagian dimesin agak halus, sebahagian dimesin agak kasar)

Bawang merah atau Bawang Besar (dimayang halus)

Cili merah (dipotong kecil)

Jintan manis

Daun kari (dihiris kecil)

Gula & Garam

Caranya:

Satukan kesemuanya dan buat bulat2 dan leperkan dan goreng hingga kuning keemasan.

 

 

Add a comment December 10, 2011

Kek Batik

Resepi: Adikku, Mas

Bahan2:

1 ketul mentega @ 1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

4 biji telur

1/2 kati biskut marrie (300 gram)

bancuh:

1/2 cawan koko

1/2 cawan milo

1/2 cawan air panas

1/2 cawan susu pekat

Cara2:

Pukul mentega & gula sampai kembang. Masukkan telur satu per satu. masukkan bancuhan koko ke dalam bancuhan mentega tadi. Masak atas api sampai pekat. Masukkan biskut Marie. Kacau. Masukkan dalam bekas, tekan sampai padat & sejukkan

Add a comment June 13, 2010

Ayam Panggang

Resepi: Mak Ndak
Bahan Kisar:
Serai, lengkuas, halia
Bawang merah, bawang putih
Cili kering (rebus dulu)
Serbuk kari daging
*****
Santan
Garam, air gula merah

Cara:
Tumis semua bahan. Masukkan santan, air gula merah, garam. Masak sampai pekat. Pes tersebut dilumur pada ayam dan peram semalaman. bakar

Add a comment December 9, 2009

Roti Jala

Bahan:
Tepung gandum
Pewarna kuning
Telur
Air garam

Campurkan kesemua hingga agak cair. Tapis. Panaskan kuali leper, sapukan minyak masak sedikit. Gunakan acuan roti jala dan tutupkan seminit dua. Gunakan sudip untuk melipat roti jala tersebut & angkat dari kuali itu.

*boleh dimakan bersama kuah kari atau sardin

Add a comment October 8, 2009

Aneka Bubur

Resepi: Mak/Tok

Kacang Hijau atau jagung atau biji gandum
Santan
Sedikit sagu kecil
Sedikit garam

Cara:
Rebus kacang hijau/jagung/gandum sampai kembang. Masukkan sagu, santan,garam dan air jika perlu. Kacau, kecilkan api.

Add a comment September 10, 2009

Tumpi

Resepi: Mak
Bahan:
Bawang putih ditumbuk bersama jintan putih
Kacang hijau -rendam semalaman
Garam
Tepung beras
Telur
Air garam secukupnya

Cara:
Campur kesemua bahan. Agak2 cair.Panaskan minyak dalam kuali. Cedok adunan dan tuang di tepi kuali setompok2. Siramkan minyak panas ke atasnya sampai ia jatuh sendri dalam minyak yang bertakung.

Add a comment September 10, 2009

Bubur Lambuk

Resepi: Mak/Tok

Bahan:
Beras
Daging pejal+daging tetel
Lada hitam
Kucai
Lobak Merah (potong halus/kecil)
Bawang merah
Bawang Putih
Bawang goreng (lebih baik yang buat sendiri)
Santan
Gula/Garam
Lobak Masin
Halia

Cara-caranya:
Rebus beras hingga betul2 kembang (orang utara cakap hingga pecah biji).
Dalam kuali pula, tumis bawang, masukkan daging. kacau sikit dan masukkan dalam periuk yang beras yang telah kembang tadi. Masukkan halia, lada hitam, kucai, lobak merah, lobak masin, gula dan garam. Last sekali, masukkan santan.

Add a comment August 26, 2009

Kuih Kacang

Resepi : Mak/Tok

Bahan dalamnya:
Kacang hijau direbus dengan sedikit air. Bila kembang masukkan kelapa parut dan sedikit tepung gandum. Angkat dan sejukkan.Buatkan bulat-bulat dan leperkan.

Bancuhan tepung:
Tepung beras
Sedikit tepung gandum
Air garam
Telur (jika mahu)

Celupkan adunan kacang hijau tadi dengan bancuhan tepung & goreng.

Add a comment August 7, 2009

Bihun Singapura

Resepi : Mak

Lada hitam ditumbuk bersama bawang putih

Bawang merah (hiris halus)

Daging

Telur

Cara:

Tumis bawang merah, masukkan lada hitam. Kacau,masukkan air. Masukkan daging. Tambah air. Masukkan bihun, kacau. masukkan telur, kacau.

Add a comment July 17, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

April 2014
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Posts by Month

Posts by Category

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.