Mee Kuning

June 5, 2009 thebest4u

MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan: 350g tepung high protein

2 biji putih telur

1 sudu kecil air kapur

100 ml air

sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit

1 sudu kecil garam

6 sudu besar minyak masak sedikit tepung utk taburan

Cara membuat:

Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental Bahagi doh kpd 4 bahagian Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor) Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu) Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari. Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap

MEE KUNING MamaFaMi
[sumber Datin Salmah]/mamafami photopage
Bahan-bahan :
4 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur @ air abu
secukup pewarna kuning (optional).

Cara :

* Masukkan tepung, telur, air kapur dan pewarna kuning dalam mixer.
* Onkan mixer dan tuang air sikit demi sikit sehingga doh yang agak kental terhasil (not too soft). Uli for about 10 minutes.
* Biarkan doh rehat untuk 1 – 2 jam.
* Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
* Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
* Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
* Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
*Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
*Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakanā€¦.

NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.

KUEYTEOW – NOORMASRI/EDIT SHIDA..cari.com.my

Bahan-bahan:

250g tepung high protein – Shida guna 200gm
100g tepung beras – Shida guna 150gm
2 biji putih telur – Shida guna 1 biji telur
100 ml air – tambah 2-3 sudu kecil jika perlu
1 sudu kecil garam
6 sudu besar minyak masak atau secukupnya
sedikit tepung utk taburan

Mee Kuning buatan sendiri
Sumber[ninoZ]cari.com.my

600gm tepung gandum
1 1/2 tsp garam
6 tbsp minyak masak
1 tbsp air abu [alkaline water]
1 cawan air
garam
air utk mencelur
extra tepung utk taburan

ayak tepung ke dalam mangkuk adunan n masukkan garam.
buat lubang kat tgh2nya n tuangkan air+ air abu
gaul rata hingga jadi doh yg kental..
uli doh sampai betul betul sebati
[kalau rajin bior lama sket [ kalau guna food processor or mixer tak secantik uli dgn tgn
sebab those machine guna teknik cut thru n mix]

tabur tepung sket pas tu canai tepung slowly hingga jadik bentuk segi4,
kemudian potong memanjang kepada beberapa bahagian
sediakan noodle machine..
gelekkan mee melalui mesin mi tu start from yg paling tebal hingga lah agak agak
ketebalan mee yg kita nak beberapa kali [to ensure keanjalan mee]..
then bleh lalukan thru mesin memotong doh menjadi juraian mee..
buat hingga habis doh
sediakan air utk mencelur..masukkan garam sket ke dlm air yg direbus plus 2 tbsp minyak.
celur kejap je.. dlm 3-4 minit pastu toskan..
masukkan ke dlm bekas besar n gaulkan dgn balance minyak masak tadi hingga rata..
pastu leh pack mee tu dlm bekas kecil n simpan dlm peti sejuk
siappp!!

Variasi:
kalau nak kaler kuning..leh tambah serbuk kunyit sket kat tepung tu

kalau nak buat mee wantan lak..
resepi sama je tapi tambahkan 6 biji telur n omit minyak
pecahkan telur pastu kacau sket bagi yolks tu rata..tapi jgn pukul..
then campurkan dgn air + air abu..
kacau rata pastu buat mee mcm biasa..
tapi utk nak tabur tu..gunakan tepung ubi
lepas gelek jadi juraian pun dust dgn tepung ubi supaya tak melekat..
tak payah celur..leh terus simpan dlm peti sejuk/freezer
mee wantan lebih halus dari mee kuning..
guna resepi yg sama gak utk buat kulit wantan..
mee wantan yg hijau tu..
masa nak uli campurkan daun bayam yg dah dicelur n cincang/tumbuk halus halus[jgn berair..nanti adunan lembik]

Entry Filed under: Buat Sendiri Bahan Mentah

2 Comments Add your own

  • 1. nurainichan  |  November 7, 2009 at 10:39 am

    makasih atas risipinya ya.. saya balik ke UK saya akan cuba buat sendiri nanti..

    • 2. thebest4u  |  November 25, 2009 at 2:08 am

      Terima kasih juga kerana melawat blog Nor. Selamat mencuba. InsyaAllah Nor akan menambah lagi resepi2 yang terbukti telah diuji jika ada kelapangan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

June 2009
M T W T F S S
    Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts

 
%d bloggers like this: