PEKASAM

June 12, 2009 thebest4u

IKAN PEKASAM (hanieliza)

Bahan-bahannya:
ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
2 s/b garam halus
1 cawan asam jawa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
2. Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
3. Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
4. Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
5. Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
6. Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.

Cara masak
1. JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
2. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
4. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
5. Sedia untuk hidangkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Cara MembuatPekasam:

http://ikanpuyu.fotopages.com/?&page=4

Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.

Serbuk Pekasam

Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PEKASAM IKAN
7 ekor ikan sepat atau ikan lampam
1-2 sudu makan jus limau nipis
100 gm garam kasar
20 keping asam gelugur
50 gm asam jawa
120 gm beras
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1. Perap ikan bersama jus limau dan 1 sudu besar garam selama 2 jam.
2. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
3. Satukan ikan dengan baki garam dan serbuk kunyit.
4. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
5. Campurkan asam jawa dengan sedikit air untuk mendapatkan air asam jawa pekat. Lumurkan pada ikan seluruhnya.
6. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2 malam.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga keemasan kemudian tumbuk atau kisar halus.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KONGSI TIPS DARI EN.ISMAIL…Thnk Q 4 sharing.

ismail | ismacomy@yahoo.com | IP: 60.51.7.111

Ada satu petua yang nak dikongsi bersama:

Pada kebiasaanya, apabila ikan samada ikan air tawar atau air masin yang sudah buruk,lembik dan busuk akan dibuang.Tapi tahukah anda ikan2 itu akan jadi santapan yang menyelerakan kalau kena cara memprosesnya.Caranya mudah saja: ambil ikan itu dibuang perutnya saja,kemudian basuh bersih2 dan buat perkasam.
Ikutlah cara-cara buat pekasam dan dalamasa 3 hari sudah boleh digoreng dengan dicampur bawang dan selepas digoreng diperah asam limau ke atasnya,pehhhh,mertua lalu pun tak perasan,cubala?.

Resepi dari duchessofkent

ikan dibasuh bersih, then lumur dengan garam (kuantiti yg banyak) & peram selama 3 mlm
Lepas 3 mlm tu, basuh ikan tu balik sebersih-bersihnya …. untuk buang garam tu (tapi ikan already masin).
Then perap ikan dengan beras goreng (tanpa minyak) yg telah dimesin halus.

resepi ie tkder plak asam..sbb klu mak buat letak asam jg cam resepi kak liza tuu…

Entry Filed under: Buat Sendiri Bahan Mentah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

June 2009
M T W T F S S
    Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts

 
%d bloggers like this: