Assalamualaikum w.b.t

June 23, 2009 thebest4u

Kepada sesiapa yang “ter”melawat ke blog Nor ini selamat datang diucapkan… Sebenarnya kewujudan blog ini hanyalah untuk simpanan peribadi… Maklumlah dulu tulis-tulis dalam buku lepas tu lupa simpan di mana… Sekarang teknologi dah maju, jadi kita gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin. Tentang “bahasa rojak” yang Nor gunakan tu Nor minta maaflah yeee…Nak cepatlah katakan…

Nor kumpulkan semuanya dan pecahkan kepada beberapa kategori. Dalam kategori Barbeku ada bermacam-macam resepi masakan yang sesuai untuk majlis barbeku daripada yang bakar-bakar hinggalah ke bihun goreng, coleslow dan lain-lain.

Bagi kategori “Buat Sendiri Bahan Mentah” Nor kumpulkan dari pelbagai sumber dari web. Macam-macam ada…cara buat mi kuning, laksa beras, pekasam, telur masin dan lain-lain.

Untuk kategori “Resepi Kenalan” pula Nor kumpul dari kawan-kawan yang baik hati tak kedekut ilmu. Begitu juga dengan “Resepi Warisan” yang Nor kumpul dari Mak, Tok dan ahli keluarga yang lain. Biasanya dalam resepi warisan main agak-agak je kuantiti bahan-bahannya. Bagi yang dah biasa turun dapur tentu dah pandai agak. Kalau yang nak detail kuantiti bahan, kena booking tempat untuk berkursus dengan Nor lah ye…He3x…Jangan maraaah…

Untuk pengetahuan semua, bagi kategori selain dari “Resepi Warisan” dan “Resepi Kenalan”, tak semua yang dah Nor cuba…Jadi, kalau kawan-kawan cuba tak menjadi tu, maaflah yeee…

Tapi maaf ya semua..gambar dalam ni hanyalah gambar hiasan sebab selalu masak je, takde hiasan apa..

Akhir kata, madah berhelah dari Nor, “masakan yang sedap bermula dari hati yang tulus ikhlas si tukang masak itu”… takyah boh Aji pun sedap…yang penting, jangan lupa memasak dengan niat kerana Allah…laaaagi sedaaaap…pahala pun dapat…

Sekian dulu…selamat mencuba….

Salam Ingatan Tulus Ikhlas,

NOR SHAKILA SAMSUDIN

Entry Filed under: Resepi Pilihan

5 Comments Add your own

  • 1. norida  |  September 30, 2010 at 9:14 am

    resipi Nor ringkas tapi padat. nampak ikhlas jugak. itu yg bagus dan mahal tu.
    terima kasih. wassalam…norida.

    • 2. thebest4u  |  October 3, 2010 at 6:09 am

      Wslm w.b.t
      Terima kasih…InsyaAllah jika ada lagi resepi lagi yang boleh dikongsi bersama & ada masa, Nor akan letak lagi dalam blog ni….Tak rugi kongsi ilmu yang bermanfaat….

    • 3. thebest4u  |  January 23, 2012 at 3:11 pm

      Salam.
      Terima kasih banyak Ida…

  • 4. Mohammad Roslan  |  February 12, 2012 at 7:55 pm

    Salam,
    Blog yang terbaik..resepi-resepi pun hebat belaka. Mamak Haji terpaksa kunjung selalu ke blog cheq..Keikhlasan hati cheq terpancar dari tulisan. Insyallah Ilmu yang manfaat sentiasa dapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Wassalam.
    Mamak Haji
    Pulau Pinang.

    • 5. thebest4u  |  June 15, 2012 at 2:10 am

      Wslm. Timaceh banyak mamak aji… Mamak aji pun sama…blog mamak aji yang terbaik dan terikhlas pernah cheq jumpa… Moga Alllah murahkan rezeki mamak aji…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Pages

Categories

Calendar

June 2009
M T W T F S S
    Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Most Recent Posts

 
%d bloggers like this: