Archive for July 2009




Laksam

Resepi: Abang Azman IT (Propertime, 2009)
Bahan Isi:
Tepung beras+air+sedikit garam
Campurkan semua, tapis, tuang dalam tudung periuk, lengat. Kemudian gulung & gunting/potong  1cm.

Bahan Kuah:
Isi ikan (rebus & kisar)
Lada hitam (tumbuk & kisar bersama bawang merah)
Garam
Asam keping
Santan
Daun cenohom/daun kesum
Bunga Kantan

Caranya:
Rebus kesemuanya.

Advertisements

Add a comment July 17, 2009

Bihun Singapura

Resepi : Mak

Lada hitam ditumbuk bersama bawang putih

Bawang merah (hiris halus)

Daging

Telur

Cara:

Tumis bawang merah, masukkan lada hitam. Kacau,masukkan air. Masukkan daging. Tambah air. Masukkan bihun, kacau. masukkan telur, kacau.

Add a comment July 17, 2009

Karipap

Resepi : Mak/Tok

Bahan Kulitnya:

Tepung gandum

Air garam

Marjerin/minyak masak

Caranya:

Panaskan marjerin/minyak masak sampai berbuih mendidih. Tuang dalam tepung gandum dan kacau segera.Tambah air garam & uli sampai tak melekat di tangan.

Bahan intinya:

Keledek/kentang

Serbuk kari daging (bancuh dengan air)

Daging/ayam/udang

Daun saderi/daun kari

Bawang merah (hiris nipis)

Kulit kayu manis

Caranya:

Tumis bawang , masukkan kulit kayu manis, masukkan bancuhan serbuk kari. biar mendidih, kan air, masukkan daging/ayam/udang, kacau sesekali sampai kering. masukkan daun saderi/daun kari. kacau

*Inti kari kentang ni boleh juga ditukar dengan inti kobis yang digoreng dengan sedikit kunyit, bawang merah, cili merah (potong) dan telur…Sedap juga…sesuai bagi anak2 kecil makan…

Add a comment July 17, 2009

Kuih Dadar / Ketayap

Resepi: Mak/Tok

Bahan untuk kulitnya:
Tepung gandum
Air+garam+pewarna hijau/air daun pandan
Telur

Cara:
Bancuh kesemuanya. Tapiskan. Agak-agak cair (jangan cair sangat). Panaskan kuali. Sapu sedikit minyak dalam kuali.Tuangkan sesenduk dan lenggangkan. Tutup dengan tudung periuk. Bila warna bertukar agak jernih maknanya dah masak.Angkat dan susun dalam pinggan.

Bahan Untuk Intinya:
Kelapa parut segar
Gula Melaka/gula kabung/gula gerek/gula merah
Air

Caranya:
Didihkan sedikit air. masukkan gula, kacau sampai pekat. Masukkan kelapa parut.
*Jika tiada gula di atas. Gunakan gula pasir. Caranya, mask gula pasir dalam kuali sampai bertukar warna perang, masukkan sedikit air dan kelapa. Kena cepat2, nanti gula hangus pahit.

Add a comment July 17, 2009

Mi Kari

Resepi: Kak Ton (KLK/Propertime 2007)

Bahan2 Kuahnya:

Serbuk kari daging, bawang besar, bawang merah & halia-dimesin dengan air.

Tumiskan bahan yang dimesin tadi seperti menumis kari hingga pecah minyak. masukkan air+santan, daun sawi, kacang panjang, ayam, bebola ikan, kek ikan (jika suka), gula dan garam secukup rasa. Didihkan. Sedia untuk dimakan bersama mi kuning.

Sambal Mi Kari (resepi dari bos saya, Puan Riza/Yaya):

Kisar halus cabai & bunga kantan. Tumis bawang & masukkan bahan kisar tadi.

Add a comment July 7, 2009

Rendang Minang

Resepi: Puan Riza/Yaya, My Boss (Propertime-2005)

Bahan A :

Ayam/Daging

Bawang merah & bawang besar

Cili api-hijau

Kunyit Hidup

Halia

Serai

Lengkuas

Gula/Garam

Bahan B

Santan

Kerisik

Air asam jawa

Bahan C:

Daun limau purut

Serai (sebahagian dipotong halus, sebahagian dipotong 1cm dan ditumbuk)

Cara-caranya:

Semua bahan A dimesin dan masukkan dalam kuali, masuk bahan B.. Kacau sekejap dan masukkan bahan C. Didihkan dengan api sederhana & kacau sesekali hingga masak.

*Beza rendang minang dengan rendang utara, ialah rendang utara guna asam keping/gelugor, rendang minang guna air asam jawa. Rendang utara guna cili kering kisar, rendang minang guna cili api.

Add a comment July 7, 2009

Puding Koktail

Resepi: Kak Fizah (Propertime-2007)

Bahan-bahan berikut dimasak sampai pekat dan berkilat & tuangkan dalam bekas untuk dibekukan:

1 tin susu cair/sejat (suggestion: Ideal)

1 cawan tepung kastard

1 cawan gula

2 setengah cawan air

sedikit garam & esen vanila

Kemudian bancuhkan Jeli (suggestion: Ladies Choice) dan tuang atas bancuhan tepung kastard tadi. Susunkan buah-buahan campuran di atasnya dan biarkan beku.

Add a comment July 7, 2009

Puding Roti

Resepi: Kak Fizah (Propertime-2009)

Bahan2:

5-6 keping roti putih

1 biji telur

1 tin susu cair/sejat

1 cawan gula

Sedikit agar-agar

Sedikit garam

Air

Cara-cara:

Blender roti bersama susu. Masukkan dalam periuk, masak bersama air dan agar-agar, masukkan gula, garam dan kacau. Padamkan api, tuangkan dalam bekas, sejukkan…

Add a comment July 6, 2009

Bengkang/Bingka Gandum

Resepi : Kak Liza

4 cawan tepung gamdum

7 cawan santan+air daun pandan

3 biji telur

3/4 (tiga suku) cawan gula

Sedikit garam

Pewarna Hijau

Lain-lain: Bawang goreng (buat sendiri+jintan manis goreng)

Cara2nya:

Kacau semua bahan dan bekas. Tapiskan untuk elakkan dari berketul. Tuangkan dalam acuan bengkang. Bakar atas dapur gas (orang cakap bakar dalam oven lagi elok sebab pembakaranya sekata dan susah jadi kerak)

Add a comment July 2, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Posts by Month

Posts by Category