Archive for June 2017




Lontong

Resepi: Rakan (Zatul)

KUAH LODEH

Bahan Sayur 

1/2 biji kobis 
8 batang kacang panjang 
1 batang lobak merah 
1 biji sengkuang kecil 
1 keping tahu kering / pucuk~ rendam 
4 keping tauhu ~ di potong kecil dan goreng
4 keping tempe ~ dipotong dan digoreng
 2 ikat suun ~ direndam 
lada merah dan hijau ~ dipotong serong

Bahan Rencah ~ dikisar halus

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu ikan bilis
2 batang serai ~ dititik 
1/2 jari lengkuas ~ dititik

Bahan lain

200 g udang hidup yg dikupas kulit 
2 liter santan pekat dan cair ~ daripada 2/3 biji kelapa
air secukupnya 
garam secukup rasa 
1/4 cawan minyak utk menumis 

Pijarkan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi
Kemudian masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuan bermula dengan sayur keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut. 
 Kemudian masukkan bahan-banahn yang lain
Biar hingga kuah didih
Kuah lodeh di sajikan bersama lontong atau nasi himpit

Sambal lontong
2bj tomato
10bj cabai melaka
Belacan
Semua bhn ni digoreng sekejap
Blend semua bhn n masukkn garam

Add a comment June 8, 2017

Ayam Pakistan

Resepi: Mak (dari kawan Ani)

Bahan:

Bawang besar

Bawang putih

Tomato

Serbuk kari daging

Daun kari

Gula/garam

Sedikit air

Cara:

Tumis tomato yg dipotong dadu sehingga layu. Masukkan bawang besar dan bawang putoh yang telah dikisar. Naik bau, masukkan ayam.. Kacau sebati.. Taburkan serbuk kari.. Masukkan daun kain. Kacau. Masukkan sedikit air, gula dan garam..kacau dan siap.

Add a comment June 8, 2017

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

June 2017
M T W T F S S
« Jun    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Posts by Month

Posts by Category