Posts filed under: ‘Resepi Keluarga Saya‘




Nasi Lemak (Mudah, ringkas, cepat)

nasi lemak

*Gambar Hiasan

Resepi: Aku Sendiri (Nor Shakila)

Nasi:

2 cawan beras

2 cawan santan cair

1 ulas bawang merah (dimayang)

1 batang kulit kayu manis (kecil)

1 inci halia (diketuk)

Sehelai daun pandan (jika ada-utk wangikan)

Garam dan gula

Cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi. Masak seperti nasi putih biasa.

Sambal:

1 ulas bawang merah (dimayang-untuk tumis)

Setengah ulas bawang besar (dimesin)

1 ulas bawang putih (dimesin)

3 sudu besar penuh cili mesin

1 sudu teh gula merah

Garam dan gula

Cara:

Tumis bawang. Bila layu, masukkan bawang mesin. Pastu masukkan cili mesin. Masukkan garam dan gula sesedap rasa. Kalau nak cantik, bila nampak kurang berkilat, tuangkan sedikit lagi minyak masak.

Tambahan:

Ayam goreng

Telur Dadar

Ikan bilis boreng

Kacang

Timun

Tempe goreng

Add a comment September 29, 2014

Gulai Ikan Talang dan Terung

Resepi: Mak

Bahan:

Ikan talang dan tulang ikan talang masin (jangan beli ikan talang masam, nanti hancur)

Terung (atau nenas)

Serbuk kari ikan (atau sekarang dah ada serbuk kari ikan masin)

Bawang merah dan bawang putih (dimesin dengan air dan serbuk kari)

Asam keping

Santan

Gula

Bawang merah dan cabai kering (ditumis dengan sedikit minyak-untuk dituang dalam kuah gulai bila dah masak)

 

Cara:

Rebus pes serbuk kari yang telah dimesin dengan bawang tadi. Masukkan ikan masin. Rebus hingga mendidih. Masukkan asam keping dan santan. Biar hingga mendidih. Masukkan terung sebentar saja dan padam api. Terus tuangkan bawang dan cabai kering yang digoreng tadi bersama minyak gorengan bawang tadi.

 

#Resepi gulai paling mudah pernah saya buat. Senang rupanya…

#Resepi ikan talang ni boleh juga digantikan dengan ikan bilis+nangka

 

Add a comment August 7, 2014

Kerabu Mempelam

kerabu mangga

*Gambar Hiasan:

Resepi : Aku sendiri (Nor Shakila)

Bahan:

1 biji Buah Mempelam (sagat kasar atau hiris)

2 batang Serai (dihiris halus)

1 labu Bawang besar (dimayang)

1 biji Cili Merah (dihiris halus)

5 biji Cili Api (dihiris halus)

Segenggam Ikan bilis (digoreng dgn sedikit minyak masak dan tumbuk sederhana kasar)

Segenggam Kacang Tanah (digoreng tanpa minyak dan tumbuk sederhana kasar)

Gula

Garam

Cuka

 

Cara:

Semua bahan digaul secukup rasa. Cuba la…in shaa Allah rasa mcm kedai ala Thai buat.

 

*Kerabu sotong//udang/suun:

-Tak perlu masukkan ikan bilis dan kacang tanah.

Add a comment August 7, 2014

Siakap/Bawal Stim

siakap stimBahan:

Ikan Siakap/Bawal Emas

Serai (dipotong dua & diketuk)

Halia (dihiris seperti batang mancis)

Daun limau purut

Tomato (didadu atau hiris agak nipis)

Sos Tiram

Gula/Garam

 

Hiris kecil:

Bawang merah

Bawang putih

Cili padi

Cili hidup

 

Cara:

Lumurkan ikan dengan garam. Taburkan kesemua bahan disekeliling ikan dan dalam sirip ikan. Percikkan sos tiram. Stimkan. In shaa Allah menjadi seperti di Restoran ala Thai. Cik abang pasti terkejut!!!! Cuba la…

 

Add a comment June 21, 2014

Ikan Keli Rebus Sambal Belacan

Resepi: Mak

Bahan A :

Ikan Keli atau anak2 ikan

Asam Keping/Gelugor

Garam/Gula

Bahan B (dimesin kasar atau ditumbuk kasar) :

Cabai Melaka

Cabai Hidup

Bawang (sikit saja)

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan A dan B dan setelah masak, angkat dan hidangkan.

 

Add a comment January 20, 2012

Masalodeh/Vadei

Resepi: Mak/Tok

Bahan-bahan:

Kacang parpu (direndam semalaman. sebahagian dimesin agak halus, sebahagian dimesin agak kasar)

Bawang merah atau Bawang Besar (dimayang halus)

Cili merah (dipotong kecil)

Jintan manis

Daun kari (dihiris kecil)

Gula & Garam

Caranya:

Satukan kesemuanya dan buat bulat2 dan leperkan dan goreng hingga kuning keemasan.

 

 

Add a comment December 10, 2011

Kek Batik

Resepi: Adikku, Mas

Bahan2:

1 ketul mentega @ 1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

4 biji telur

1/2 kati biskut marrie (300 gram)

bancuh:

1/2 cawan koko

1/2 cawan milo

1/2 cawan air panas

1/2 cawan susu pekat

Cara2:

Pukul mentega & gula sampai kembang. Masukkan telur satu per satu. masukkan bancuhan koko ke dalam bancuhan mentega tadi. Masak atas api sampai pekat. Masukkan biskut Marie. Kacau. Masukkan dalam bekas, tekan sampai padat & sejukkan

Add a comment June 13, 2010

Ayam Panggang

Resepi: Mak Ndak
Bahan Kisar:
Serai, lengkuas, halia
Bawang merah, bawang putih
Cili kering (rebus dulu)
Serbuk kari daging
*****
Santan
Garam, air gula merah

Cara:
Tumis semua bahan. Masukkan santan, air gula merah, garam. Masak sampai pekat. Pes tersebut dilumur pada ayam dan peram semalaman. bakar

Add a comment December 9, 2009

Roti Jala

Bahan:
Tepung gandum
Pewarna kuning
Telur
Air garam

Campurkan kesemua hingga agak cair. Tapis. Panaskan kuali leper, sapukan minyak masak sedikit. Gunakan acuan roti jala dan tutupkan seminit dua. Gunakan sudip untuk melipat roti jala tersebut & angkat dari kuali itu.

*boleh dimakan bersama kuah kari atau sardin

Add a comment October 8, 2009

Aneka Bubur

Resepi: Mak/Tok

Kacang Hijau atau jagung atau biji gandum
Santan
Sedikit sagu kecil
Sedikit garam

Cara:
Rebus kacang hijau/jagung/gandum sampai kembang. Masukkan sagu, santan,garam dan air jika perlu. Kacau, kecilkan api.

Add a comment September 10, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

July 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category