Posts filed under: ‘Resepi Pilihan‘




Sambal Lengkuas (macam serunding)

Bahan:
2 cawan lengkuas
10 batang serai (kisar)
30 tangkai cili kering (kisar)
600gram bawang besar (dimayang)
300 gram ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 biji kelapa dijadikan kerisik (dikisar)
5cm belacan (dikisar)
5cm halia (dikisar)
sedikit air asam jawa
3 senduk minyak masak

CARA:
Lengkuas dikisar dan direbus hingga didih, tapis dan buang airnya. Ketepikan.

Panaskan minyak tumis sebahagian bawang hingga naik bau.

Campur kesemua bahan kisar, ikan bilis dan bancuh dengan air asam jawa.

Masak dengan api perlahan selama 1 jam tetapi hendaklah selalu dikacau agar sambal rata dan tidak hangit.

* Saya pernah cuba resepi ni , sedap…dan rasa macam serunding daging la pulak… Ia tak mudah basi…

1 comment June 7, 2012

Ikan Pari Masak Asam Tumis

Ikan Pari

Cabai hidup

Bawang merah/ bawang besar

Halia

Air asam jawa

Daun kesum/cenohom

Serai (diketuk)

Bunga Kantan

Terung/Bendi

Cara-caranya:

Mesin cabai, bawang & halia…Tumiskan bahan-bahan tersebut dengan serai. Masukkan air, air asam jawa dan ikan. Setelah mendidih masukkan daun kesum, bunga kantan & terung atau bendi. Masukkan garam dan gula.

Add a comment January 20, 2012

Pizza


Bahan untuk roti piza (pizza based):

1 mug tepung gandum(mug besar biasa tu)
1/2 bungkus mauripan
1/2 mug air garam (secukup rasa & nanti tuang sikit2 mengikut lembut yg anda nak)

cara:
campur tpg ngan mauripan…boh air garam sikit2 sambil uli…uli rata, biar setengah jam-45 minit….sediakan loyang atau tudung periuk leper…sapu minyak…ambil tepung yg uli tadi, penyet2 & tempek atas loyang….pastu sapu sos cili atasnya  (bleh gak kalau takboh sos dulu, lepas masak baru boh). tabur bawang besar (dadukan), cili hidup (hiris kecik2), nenas dipotong kecil, daging burger yang dihancurkan (atau daging cincang goreng tanpa minyak dulu bagi separuh masak & campur garam & lada hitam sikit untuk bagi rasa)….kalau ada cendawan butang & sosej boh la…last tabur cheese (nor guna cheesedale yg digunting2 kecil2…ada juga jual sekarang cheese yang dah siap diparut…kira timbang)…pastu bakar 180 darjah selama 35-45 minit…nyum2

*daging cincang boleh diganti dengan daging burger…lagi sedap

P/S: Lagi senang buat pizza atas tudung periuk yang takda tangkai tu sebab nak potong senang.

Add a comment December 10, 2011

Udang Nestum

Bahan:

 Udang sederhana besar

Bawang besar (dimayang)

Cili padi (dipotong kecil)

Daun kari

Garam/Gula

Serbuk kunyit

Nestum keluarga

 

Caranya:

Udang digaul dengan garam kunyit dan digoreng sedikit garing. Ketepikan

Goreng bawang besar dan cili padi sedikit garing dan ketepikan. daun kari digoreng sedikit garing.

Satukan bahan2 yang telah digoreng tadi di dalam piring dan taburkan nestum.

Add a comment July 4, 2011

Tosei

Resepi asal : Mamak Aji ( http://balannambiar.wordpress.com/2011/01/10/resipi-tosei-dosai-mamak-penang/ ) <—blog yang sangat baik…sapa tak baca rugi tau

Inilah tosei saya

Bahan:
3 cawan tepung beras

1 cawan kacang uluntu (beli yang telah dikupas kulit)

1 cawan nasi sejuk

1 sudu halba

1 sudu kecil  garam

Cara:
Kacang uluntu dan halba direndam sekurang-kurangnya 6 jam (nor rendam petang…lepas balik kerja, malam sebelum tidur kisar pula). Kisar kacang uluntu, halba dan nasi dengan air. Peram semalaman. Pagi tu cedok sikit dulu dan masukkan garam dan tambah air jika perlu. Agak2 kecairan menyamai adunan kuih dadar. . Panaskan kuali leper hingga betul2 panas. Sapukan kuali leper dengan sedikit minyak (Nor sapu dengan bawang besar yang dibelah dua) . Tuangkan sesenduk adunan. Buat pusingan bulat dengan senduk. Seminit dua dah masak…. Makan dengan kuah sardin atau kari… kalau nak resepi cabai nyok ada dalam blog mamak aji… Nor tak bubuh lagi sebab Nor tak cuba lagi…

P/S: Kalau ada lebih,  simpan adunan dalam peti sejuk, jangan masukkan garam, kalau nak masak baru masukkan garam.

 

Add a comment April 22, 2011

Udang Mentega (Butter Prawn)

Inilah udang mentega saya

Bahan:
Udang sederhana besar (buang kepala dan ekor)
Mentega
Minyak Masak
3 biji kuning telur (dipukul dengan sedikit garam)
Susu cair
Garam kunyit
Gula
Daun kari
Cili api (dipotong kecil)
Bawang besar atau bawang merah (dimayang)

Cara:
a. Masukkan mentega & minyak dalam kuali. Masukkan telur perlahan2 sambil tangan sebelah lagi mengacau telur tersebut dengan cara pusingan berulang yang pantas. Angkat dan sejat. Ketepikan.

b. Goreng udang yang telah digaramkunyitkan hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

c. Masukkan mentega & minyak dalam kuali. Masukkan bawang. Masak hingga layu. Masukkan daun kari. Goreng hingga garing. Masukkan cili api dan goeng hingga garing. Tuangkan sedikit susu sejat dalam kuali dan kacau. Masukkan udang goreng tadi dan kacau. Angkat dan masukkan dalam pinggan.

d. Taburkan telur (egg floss) dalam udang dan gaulkan. Taburkan gula. sedia untuk dimakan

Add a comment April 22, 2011

KEK PISANG LEMBAB

Bahan-Bahan :

250 g mentega

1 setengah cawan gula

4 biji telur

1/2 sudu teh garam halus

4 sudu besar susu cair/sejat

3 cawan pisang yg dilecek dengan garfu

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

Cara :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkansusu dan garam. Kacau rata.

3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.

4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.

5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.

2 comments February 11, 2010

Aneka Roti/Bun

Resepi Asas Bun
Bahan-bahan:
500 gm tepung roti
50 gm gula kastor
2 biji telur
15 gm yis kering (segera)
1/2 sudu teh garam
50 gm mentega/majerin
250 gm susu UHT (kotak)
sedikit air, jika perlu

Untuk glis(sapuan):
1 biji telur
sedikit air susu

Untuk topping :
5 batang sosej, direbus dan belah dua
sedikit sayur campuran
sedikit mayonis
sedikit sos cili

Cara Membuatnya :
1. Satukan semua bahan kecuali susu, ke dalam sebuah mangkuk pengadun.
2. Putar perlahan dengan alat hook supaya adunan sebati.
3. Masukkan susu sedikit-sedikit sambil memutar. Habiskan susu dan putar lagi hingga adunan lembut dan boleh ditarik nipis.
4. Bahagikan doh kecil-kecil seberat 50 gm. Tutup doh dengan plastik dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Gelek doh kepada bentuk bulat.Rehatkan doh supaya ia naik lagi.
5. Mayonis dan sayur campuran di gaul bersama. Letakkan sosej di bahagian tengah doh dan taburkan sayur campuran. Picitkan sos cili atasnya.
6. Sapukan glis di sekelilingnya.
7.Panaskan oven ke suhu 200 darjah celcius. Sapukan dulang pembakar dengan majerin. Susun roti dan bakar selama 20 minit hingga masak.
Bahan-bahan ( 17 biji )
• # Bahan untuk Inti #
• 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
• 1/4 sudu teh esen vanilla
• 35 gram gula perang
• # Bahan untuk Topping #
• 100 gram mentega, dilembutkan
• 80 gram gula aising, diayak
• 2 biji telur, dipukul sedikit
• 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
• secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
• 100 gram tepung serbaguna, diayak
• # Bahan untuk Doh Manis #
• 500 gram tepung roti, diayak
• 20 gram tepung susu, diayak
• 75 gram gula kaster
• 1 sudu teh) garam
• 1 1/2 sudu teh yis segera
• 1 biji telur, dipukul sedikit
• 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
• 60 gram mentega, dilembutkan
Cara-cara
1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3.
Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
4.
Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.
RED BEAN STOLLEN, CATERPILLAR BUN & MIXED FRUIT ROLL
Sumber: Roshayati Johari (Resipi.Net)

Stollen kacang merah
1 – Doh tu kita timbang 60g each dan bulatkan. Rehatkan 10 minit.
2 – Isikan inti kacang merah dan leperkan doh tu.
3 – Kita hiris doh yang leper tu dengan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Tapi hiris jangan putus hingga bawah. Hanya di permukaan saja.
4 – Terbalikkan doh tu. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5 – Susun doh dalam loyang, biarkan 40 minit, sapu kuning telur dan bakar suhu 180 selama 20 minit.

Caterpillar Bun
1 – Doh ditimbang 60g each dan bulatkan.Rehatkan 10 minit.
2 – Canai doh hingga leper dan besar.
3 – Gulung doh memanjang. Rehatkan 30 – 40 minit.
4 – Paipkan topping yang plain dahulu diikuti dengan topping coklat. Bakar suhu 180 selama 25 minit.

Mix fruit roll (asalnya raisin bun)
1 – Timbang doh 200g each. Gaulkan dengan mix fruit. Bulatkan dan rehatkan 10 minit.
2 – Canai doh hingga nipis.
3 – Hiris hujung canaian dengan hujung pisau tajam.
4 – Gulung doh pada bahagian yang elok hingga sampai kebahagian yang dihiris.
5 – Rehatkan roll 30 – 40 minit. Sapu kuning telur dan bakar 180 selama 25 minit.

RESIPI ASAS ROTI

A
350 tepung roti/high protein flour
150g tepung halus
100g gula
1 camt garam halus
30g susu tepung
1 camt bread improver (optional)
1 camt bread softener (optional)
4 camt yis kering
Gaul bahan di atas sebati

B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat
265g

C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Caranya
1) Masukkan bahan B dalam A. Uli hingga adunan agak licin.
2) Masukkan bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan jadi licin dan tak melekat di tangan dan bekas.
3) Biarkan doh selama 30 – 40 minit.
4) Tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk hasilkan roti yang tidak berongga besar di dalam.
5) Bahagikan doh ikut berat yang dikehendaki. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara memicit dan bulatkan sekali lagi.
7) Bolehlah dibentuk ikut suka.
8) Biarkan hingga naik 40 minit – 1 jam.
9) Bakar hingga masak.

Untuk topping
240g butter
240g gula halus
240g tepung kek
6 biji telur
coklat emulco
1 camb serbuk koko

1) Pukul gula dan butter hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu sambil pukul.
3) Masukkan tepung dan sebatikan.
4) Ambil satu pertiga dari adunan dan campurkan denga
sebuk koko dan emulco (untuk adunan coklat)

Inti kacang merah – 50g each
Mix fruit/raisin – 50g each

Inti kacang merah
2 tin kacang merah/red kidney beans (jangan buang airnya)
5 sudu besar gula putih (kalau nak manis lagi tambah gula, ikut suka)
1 sudu besar minyak jagung

Cara membuat:
Kisar kacang dgn airnya sekali sampai hancur. Masukkan dalam periuk, campurkan gula dan minyak jagung. Masak atas api perlahan sambil kacau selalu supaya tak hangus.

Add a comment September 10, 2009

Assalamualaikum w.b.t

Kepada sesiapa yang “ter”melawat ke blog Nor ini selamat datang diucapkan… Sebenarnya kewujudan blog ini hanyalah untuk simpanan peribadi… Maklumlah dulu tulis-tulis dalam buku lepas tu lupa simpan di mana… Sekarang teknologi dah maju, jadi kita gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin. Tentang “bahasa rojak” yang Nor gunakan tu Nor minta maaflah yeee…Nak cepatlah katakan…

Nor kumpulkan semuanya dan pecahkan kepada beberapa kategori. Dalam kategori Barbeku ada bermacam-macam resepi masakan yang sesuai untuk majlis barbeku daripada yang bakar-bakar hinggalah ke bihun goreng, coleslow dan lain-lain.

Bagi kategori “Buat Sendiri Bahan Mentah” Nor kumpulkan dari pelbagai sumber dari web. Macam-macam ada…cara buat mi kuning, laksa beras, pekasam, telur masin dan lain-lain.

Untuk kategori “Resepi Kenalan” pula Nor kumpul dari kawan-kawan yang baik hati tak kedekut ilmu. Begitu juga dengan “Resepi Warisan” yang Nor kumpul dari Mak, Tok dan ahli keluarga yang lain. Biasanya dalam resepi warisan main agak-agak je kuantiti bahan-bahannya. Bagi yang dah biasa turun dapur tentu dah pandai agak. Kalau yang nak detail kuantiti bahan, kena booking tempat untuk berkursus dengan Nor lah ye…He3x…Jangan maraaah…

Untuk pengetahuan semua, bagi kategori selain dari “Resepi Warisan” dan “Resepi Kenalan”, tak semua yang dah Nor cuba…Jadi, kalau kawan-kawan cuba tak menjadi tu, maaflah yeee…

Tapi maaf ya semua..gambar dalam ni hanyalah gambar hiasan sebab selalu masak je, takde hiasan apa..

Akhir kata, madah berhelah dari Nor, “masakan yang sedap bermula dari hati yang tulus ikhlas si tukang masak itu”… takyah boh Aji pun sedap…yang penting, jangan lupa memasak dengan niat kerana Allah…laaaagi sedaaaap…pahala pun dapat…

Sekian dulu…selamat mencuba….

Salam Ingatan Tulus Ikhlas,

NOR SHAKILA SAMSUDIN

5 comments June 23, 2009

Pages

Categories

Links

Meta

Calendar

July 2017
M T W T F S S
« Jun    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Posts by Month

Posts by Category